Thursday, 12 May 2011

Tips2 untuk melabur dengan emas

Untuk pengetahuan anda semua, saya akan paparkan dulu 1 berita di petik dari akhbar tempatan berkenaan penipuan syarikat yang menawarkan pelaburan emas menggunakan syiling Kijang Emas.

1. Harian Metro 3 Januari 2009
Tajuk: Pelaburan syiling emas Kijang: 53 pelabur berputih mata.

Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Pada pendapat saya, orang melayu kita ni suka sangat benda mudah..buat bisnes pun nak cari yang 5D ( duduk diam-diam dapat duit)..xsalah nak bisnes yang 5D tapi kita juga kena usaha pada peringkat permulaan. Bila network dah besar & group dah berkembang sendiri time tu la kita dapat rasa yg 5D tu. Ni awal2 dah promote 5D, orang yg join pun mengharapkan 5D..& ape jd jika xde orang join? Jika yg 001 tu mungkin la dah dapat balik modal & untung tp ape jadi kat orang yang last kt bawah tu? dapat ke dia rasa yg 5D tu bila dah xde orang join bawah dia? Food for thought untuk u all yang setia  membaca  ...

Di bawah ni dikongsikan tips2 untuk melabur dengan emas:
Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

    Apakah itu:

    1. Pelaburan emas.
    2. Menyertai skim pelaburan emas
    3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan diantara ketiga-tiga perkara diatas.

1. Pelaburan emas.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:

        a. Membeli emas fizikal
        b. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)

Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan.

Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.
2. Skim Pelaburan Emas. (IMPORTANT TO READ)

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas. Untuk artikel ini, saya tak fokus kepada mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas.

Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur. Namun disini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.

Oh ya! Jika anda mengetahui mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, sila letakkan di bahagian komen ataupun forum. Maklumat ini perlu dikongsikan bersama. Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:

Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.
1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?

3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.

4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!

5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

6. Exit cost – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’ Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.

8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.

9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko. Nanti tak tidur lena lah jawabnya…

Faktor risiko.
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.

Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.

Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.
Anda boleh rugi besar :(

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas. (VERY VERY IMPORTANT)
Ok, last sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:

1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN. Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan yang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan

6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.
Kesimpulan:

Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.

Dengan memahami 3 jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah satu anda boleh joint dan yang mana satu perlu dielakkan.

Terima kasih

Amir 0129179055

No comments:

Post a Comment