Wednesday 20 June 2012

Alasan kenapa orang Melayu takut nak beli emas

Assalamualaikum...fuhh lamanya x update blog ni.sejak harga emas jatuh lansung x update..hehe...frust gamaknyerrr....
Ok,kali ni Amir nak berkongsi sket dengan anda semua mengenai sebab2 @ alasan kenapa orang malaysia khususnya orng melayu takut nak beli emas...


1) Takut rugi ( rasa mahal masa nak beli,  rasa rugi bila jual semula )
Hal yang ni selalu dibimbangi oleh mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal pelaburan. Mereka tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa tingginya nilai emas.
Jika di Malaysia, bila ditanya mengenai emas, apa yang saya dapati kebanyakan dari mereka ini hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.
So bila mereka hanya tau kat kedai emas aje boleh beli emas maka nak jual semula emas pun kat kedai tu juga. Tapi perlu di ingatkan bahawa harga jualan di kedai emas yang rata-rata lebih tinggi premium & kos upahnya. "Spread" harga perlu diperhalusi jika anda memilih untuk menjual balik barang tersebut di kedai emas @ di tempat2 lain kerana "spread" setiap institusi berbeza antara satu sama lain. Sebab itu kita perlukan ilmu yang secukupnya sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu cara untuk dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.



 2 ) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah kerana dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.
Untuk lebih meyakinkan,eloklah jalankan urusan jual beli emas tersebut di mana2 ar-rahnu yang di pilih sendiri oleh pembeli,bawa barang tersebut & dengan sedikit bayaran si pembeli boleh minta pekerja di ar-rahnu tersebut "check" ketulenan barang yang hendak di beli itu. Dan elakkan membuat urusan jual beli emas pada waktu malam,lebih2 lagi bila berurusan dengan penjual yang baru dikenali.



3 )  Takut susah nak “cairkan” kepada wang kertas di waktu2 kecemasan
Anda sepatutnya tidak bimbang kerana selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki “ibu duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sepanjang berniaga emas secara sambilan ni, selalunya 3 perkara di atas ni paling banyak di tanya oleh kawan2,sedara mara & orang ramai kepada saya. Tapi walau apepun,keputusan tetap di tangan pembeli. Tepuk dada tanya hati nak beli ke xnak..kalau rasa tak meyakinkan elok jangan beli & jangan fikir nak melabur dalam emas. Pergilah ke kursus2 mengenai pelaburan emas & anda boleh mulakan bila anda dah rasa yakin dengan pelaburan tersebut. Jangan fikir nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli sebab bila harga jatuh pun tak di belinya jugak, sebab fikirnya nak tunggu harga jatuh sikit lagi..Kita patut ingat 1 Rule ni aje, " ade duit,beli", lain la kalau anda nak jadi peniaga emas tapi elok berdaftar untuk jadi wakil pengedar mana2 company kerana awal2 dah dapat harga dealer/master dealer yang jauh lebih murah dari harga pasaran.

Berminat nak jadi wakil pengedar & dapat harga murah?? Call Amir 0129179055

Wednesday 1 February 2012

Ambil Iktibar dari Kes Kejatuhan Matawang di Zimbabwe

Assalamualaikum w.b.t kepada pengunjung blog Amir yg tak seberapa ini..hari ini Amir nak kongsi 1 lagi cerita mengenai Zimbabwe. Di bawah ini Amir Sertakan video yang dirakamkan pada tahun 2008 di Zimbabwe dimana kegawatan ekonomi dan inflasi yang SUPER tinggi di Zimbabwe menyebabkan wang kertas tidak bernilai.  Perang dan sebagainya juga menyebabkan hanya emas sahaja yang bernilai, rakyat zimbabwe hidup hanya dengan mencari emas 0.1gram untuk sebungkus roti.
 http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jhujK6BE5LI


Kos belanja minimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia ialah lima ratus juta dollar ($500,000,000.00) atau nilainya lebih kurang sama dengan USD2.00.


Sehingga kini (2012) Zimbabwe merupakan pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta percent!), parahnya, harga barang2 keperluan melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!



Pada tanggal 20 Julai 2008  bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia...wahhhh 100juta tuu..kalau kat Malaysia ada RM1juta dah jd jutawan dah,buleh la sambaq F430 sebijik :-)

Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.

Telur ayam.Harga untuk membeli seekor Ayam Hidup….


“pengemis” yg boleh dianggap “kaya” sbb dapat juta2 setiap hari…


Agak2 berapa kontena duit kertas anak2 orang kaya kat sana kena bawak setiap hari ek?? hebat gitu, g shoping siap bawak duit penuh 1 kontena,muat atas lori panjang tayar 18...perghhh kalah Madonna gitu :p


Kilang buat wallet dengan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah wallet2 kecik nih..sume dah tukar..paling koman pun wallet diganti dengan keta sorong @ guni baja, SAY NO TO WALLET !!!


Jadi macam mana pula dengan negara Malaysia tanah air tercinta ni? Tahun 2012 kerajaan dah pun keluarkan duit kertas dominasi baru,ape jadi dengan duit kertas  lama yg over-printed yg beredar di seluruh pelusuk tanah air tu? Saya x fikir duit baru yg di keluarkan  ini dicetak bersandarkan rizab emas yg dimiliki Malaysia..dan pastinya ini akan mempengaruhi kadar inflasi.. lambakan matawang di pasaran akan menyebabkan harga barang2 keperluan naik..kesian kat ibu saya & orang2 tua di kampung sebab diorang fikir harga barang naik TAPI sebenarnya NILAI MATAWANG yg jatuh..

Tuesday 31 January 2012

Pelaburan Emas, apakah yang terbaik ??


Perghhh hari ni harga emas di Ar-rahnu Agro bank sudah naik ke rm200.40/gram utk emas 999 (24karats),kenaikan harga sebanyak RM7/gram...untung la sape yang aplikasikan teknik2 manipulasi emas yg telah saya berikan kepada mereka :)

Sedikit coreten berkenaan dengan konsep pelaburan emas, anda sebenarnya boleh membaca di laman Hafizjewel, saya hanya menceduk sedikit untuk makluman pembaca. (hafizjewel)


Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas yang disimpan menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?
Mungkin info ini dapat membantu. 

1) Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik.
 2) Apakah sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia.  
3) Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
4) Berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.

Kadang-kadang ada yang bertanya kepada saya, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, jadi pilihan terbaik bagi saya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

 Seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat saya pula, emas 24k dalam bentuk rantai tangan,gelang belah rotan,dll & juga emas perhiasan (emas 916) lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;
Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. :). Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi  sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.
Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 85gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidak tahu  hal berkenaan zakat dan  berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?
Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana ar-rahnu @ mana2 pajak gadai.
Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.

Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.


Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.


Sunday 29 January 2012

Tahun 2020 harga emas dijangka RM503/gram

Jom baca petikan berita harian beberapa minggu lepas mengenai emas:


STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.


“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.


Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya. Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

Sumber > Bharian > http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

Wednesday 25 January 2012

Harga emas selepas CNY

Sejak dari minggu lepas ramai peniaga2 emas sibuk mengatakan harga emas akan turun sempena CNY,dan 2-3 hari selepas CNY mereka dah sibuk pula mengatakan harga emas dah naik .Tapi memang sekarang harga tengah naik. Biar betul? tengok index mana? semua peniaga emas tahu indeks emas tiada ketika tempoh raya cina ni, ada kilang buka 1 Februari, ada yang buka sehingga akhir Januari, sepanjang tempoh ini tiada sumber untuk merujuk indeks emas tempatan, opkos bagi yang tengok indeks global macam kitco, goldprice dan etc, memang boleh tengok, tapi secara jelas, konkrit dan jitu harga-harga rujukan tersebut tidak tepat untuk mengira harga emas tempatan.

Sejak beberapa bulan saya menceburi perniagaan emas ni ramai yang selalu tanya, kenapa harga emas tak mengikut indeks seperti bursa saham Kuala Lumpur, atau harga emas yang ditulis Bank Negara, atau dari kiraan kitco dan bermacam-macam lagi indeks emas global yang lain, ia simple sebenarnya, indeks rujukan tersebut tidak include kos-kos sampingan lain, penghantaran, sekuriti, tukaran wang asing, dan sebagainya. Sama seperti jika anda  menukar wang asing di Kedai2 Money Changer, rate di bank lain, rate di Google Finance lain, rate setiap kedai pun lain, begitulah juga emas.

Selalu juga menjadi persoalan kepada kami, kenapa harga emas di pantai timur rendah, di utara lagi rendah, di selatan pula mahal, yang sebenarnya itu hanya sentimen dan anggapan dan itupun tidak tepat.
Bercakap pasal pantai timur ni, memang banyak sentimen pasal emas di area ni, ada negeri mendakwa emas mereka lebih berkualiti dari negeri lain, opss? kualiti apa agaknya?  emas 916 dimana-mana pun bermaksud 91.6% emas atau 22 karat,  jika ditimbang menggunakan density meter, akan memberikan bacaan 22k, density meter ini standardize, sama sahaja di Kelantan ke, Kedah ke atau Sabah sekalipun. Cuma semangat kenegerian melebihi realiti dan tak salah untuk berbangga dengan kampung halaman, jadi biarlah ia kekal menjadi adat.

Ok berbalik kepada emas, memang harga emas sedang menaik, semalam indeks yang kami dapat adalah 6380 berbanding sebelum sebelum raya sekitar 6300-6330.

Sunday 22 January 2012

Ragam Orang Malaysia - RAGU-RAGU & PRE-JUDGE

Was-was atau ragu-ragu adalah penyumbang utama kepada kegagalan
dalam apa jua perkara yang anda lakukan. Apabila anda melakukan
sesuatu dalam keadaan ragu-ragu, maka anda tidak akan mencapai
matlamat kejayaan seperti yang diharapkan.

Begitu juga halnya dalam urusan jual beli emas. Kebanyakkan bakal pelanggan saya setelah
membuat keputusan untuk membeli emas, mereka tiba-tiba mempunyai perasaan ragu-ragu samada emas yang mereka beli boleh memberi keuntungan kepada mereka pada masa hadapan atau tidak. Jika anda berfikiran sebagai seorang pelabur, pasti anda tidak mengendahkan mengenai harga emas yang sentiasa turun naik setiap hari seperti yang anda lihat di web www.kitco.com. kerana graf tersebut hanya berguna kepada mereka yang melakukan urusniaga Forex terutamanya. Yang paling penting, jangan biarkan sikap pre-judge dalam diri dan buat dahulu, beli serta simpan emas tersebut selama 1 tahun (jika tidak sabar nak untung, beli bulan januari & simpan sampai bulan jun, lihat sendiri berapa banyak yang anda untung dengan hanya menyimpan emas tersebut. TAPI jangan jual pada bulan jun tersebut kerana bermula bulan Jun - September harga emas akan naik Menggila-gila contohnya seperti bulan Ogos - September 2011 di mana harga emas naik sebanyak 4 kali dari rm173/g kepada rm216/g ). Apa yang penting sekarang anda tidak
boleh tertanya-tanya lagi samada keputusan anda tepat atau tidak.


Apabila anda telah buat keputusan, anda sepatutnya meletakkan
sepenuh hati dan perasaan terhadapnya. Itu pilihan anda, lakukan
dengan penuh semangat yang jitu. Mereka yang ragu-ragu akan
merasa goyang dan cuak apabila ditanya oleh seseorang tentang
tujuan dan dorongan mereka melakukannya.

Adalah menjadi rahsia kejayaan bahawa mereka yang berjaya
menghilangkan sifat was-was atau ragu-ragu dan bersikap serius
dalam pelaburan emas ini akan menghasilkan kejayaan diluar dugaan. Yang penting, buat dulu dan lihat hasilnya.


Ada pendapat mengatakan ‘was-was adalah permainan syaitan’.
Oleh itu, tinggalkan was-was dan yakinkan diri anda sendiri.
Lakukan segala penyelidikan jika  perlu  kerana anda perlu
melangkah dengan yakin!


Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh menghubungi saya di 012 - 917 9055 tetapi jika mahukan tips, seeloknya anda luangkan sedikit masa berjumpa saya supaya ilmu/tips yang akan diberikan dapat disampaikan dengan lebih jelas.


Untuk mereka yang tidak mempunyai banyak modal untuk memulakan pelaburan emas, saya syorkan anda mula membeli emas yang kecil contohnya Gold Bar 1gram,2.5gram & 5gram dahulu. Yang penting anda bermula menyimpan emas.
Emirates 1gram

                                                                           Pam Suisse 1 gram


                                                                 Perth Mint 5 gram


Cincin belah rotan 5 gram ( emas 999 & emas 916 )

Simpan sikit-sikit lama-lama jadi gunung. Simpan emas bukan untuk jadi kaya tapi sekurang-kurangnya kita tidak miskin. Tidak hidup senang tapi tdak juga sesak..

p/s: nak tau macam mana nak langsaikan hutang kereta anda dalam masa 2 tahun setengah?? HUBUNGI SAYA 012 - 9179055
                                                      

Wednesday 11 January 2012

Update Harga emas 12 jan 2012

Sedikit perkongsian ilmu @ tips khas untuk pengunjung blog ini. Harap apa yang saya kongsikan dalam artikel ini dapat membantu mereka yang mahu mula menyimpan emas @ meneruskan pembelian emas dan cara-cara ini mungkin dapat membantu menggandakan keuntungan anda.


1. Harga/Masa : Faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu bulan jatuh ke riba, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit untuk membeli emas mungkin sudah dibelanjakan di tempat lain.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun. Walau apapun, anda mesti pegang & ingat peraturan nombor 1 ini bila nak membeli emas. INGAT !! " BELI EMAS BILA ADA DUIT"..Boleh faham kan??tak kira harga emas tinggi @ rendah,bila ada duit belilah emas.

2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar) : Pendapat saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3. Meningkatkan modal pelaburan: keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika saya mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu: Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya & ini lebih baik daripada anda membuat overlap.

5. Menjual kepada kawan: Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan memperkenalkan pelanggan kepada kami, komisyen yang lumayan akan diberikn kepada anda. Anda cuma memerlukan modal air liur + sedikit keberanian. Cuma perlu cakap "nak beli emas ke?saya tau 1 syarikat yang menjual emas dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.Jom ke sana @ Jom kita jumpa wakil syarikat tersebut".Senang kan?

6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas. Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mustahil trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.

7. Pelaburan Baru/Produk Baru, pendapat saya, anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat public gold membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal muncul pada 2012 ini, contohnya Dinar Pahang, Emas Rakyat, 1Gram GCP, emas padu 916 dan juga akaun simpanan beberapa bank utama.
-8 hingga 10 akan ditambah pada masa akan datang-
Snippet: Seperti dinyatakan didalam Al-Quran, akan tiba suatu masa datangnya Dajal atau (Fitnah) maka dunia akan ditimpa bencana atau peperangan, dimana anda jika ia terjadi dizaman kita? jika saya menjadi Doktor, saya mungkin boleh mencari makan dengan merawat pesakit, jika saya menjadi pekebun, saya boleh makan dengan tanaman saya tanam jika tidak diracun. Tetapi jika saya kontraktor kelas A, jaguh internet, pakar kewangan, cikgu, mungkin ketika itu tiada kerja saya boleh lakukan kecuali urusniaga emas yang tetap akan berjalan. Renung-renungkanlah.

Wednesday 4 January 2012

Berhati-hati membeli emas

SEPANJANG tahun lepas kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM210 segram bagi emas tulen 24k. Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.


Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain. Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Tujuan saya menulis artikel ini sekadar memberi nasihat sebelum anda semua terkena. Sekarang terdapat banyak bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu. Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan. Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah. Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka menawarkan skim 30:70 atau 35:65 kepada bakal pembeli tanpa menerangkan dari A-Z baik buruk dengan membuat urusan sedemikian. Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.


Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas. Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas. Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000. Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik. Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun. Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank. Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan. Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian. Memang hutang dengan bank sudah dapat diselesaikan apabila emas tersebut dilelong tetapi pembeli tidak sempat merasa keuntungan malah terpaksa membayar upah simpan sepanjang emas tersebut berada di ar-rahnu.

Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam ekuiti emas. Tetapi bukan dengan cara membeli emas secara ansuran KECUALI pembeli mampu untuk membayar semula pinjaman. Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100% menggunakan duit sendiri. Jika kecil modal yang kita ada maka belilah yang kecil,asalkan kita tidak berhutang dengan mana-mana pihak. Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan. Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

p/s: dapatkan tips dari saya jika mahukan imbuhan setiap bulan daripada pelaburan emas di ar-rahnu tanpa perlu membuat overlap.

Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.

Sumber: myMETRO Online