Wednesday, 25 January 2012

Harga emas selepas CNY

Sejak dari minggu lepas ramai peniaga2 emas sibuk mengatakan harga emas akan turun sempena CNY,dan 2-3 hari selepas CNY mereka dah sibuk pula mengatakan harga emas dah naik .Tapi memang sekarang harga tengah naik. Biar betul? tengok index mana? semua peniaga emas tahu indeks emas tiada ketika tempoh raya cina ni, ada kilang buka 1 Februari, ada yang buka sehingga akhir Januari, sepanjang tempoh ini tiada sumber untuk merujuk indeks emas tempatan, opkos bagi yang tengok indeks global macam kitco, goldprice dan etc, memang boleh tengok, tapi secara jelas, konkrit dan jitu harga-harga rujukan tersebut tidak tepat untuk mengira harga emas tempatan.

Sejak beberapa bulan saya menceburi perniagaan emas ni ramai yang selalu tanya, kenapa harga emas tak mengikut indeks seperti bursa saham Kuala Lumpur, atau harga emas yang ditulis Bank Negara, atau dari kiraan kitco dan bermacam-macam lagi indeks emas global yang lain, ia simple sebenarnya, indeks rujukan tersebut tidak include kos-kos sampingan lain, penghantaran, sekuriti, tukaran wang asing, dan sebagainya. Sama seperti jika anda  menukar wang asing di Kedai2 Money Changer, rate di bank lain, rate di Google Finance lain, rate setiap kedai pun lain, begitulah juga emas.

Selalu juga menjadi persoalan kepada kami, kenapa harga emas di pantai timur rendah, di utara lagi rendah, di selatan pula mahal, yang sebenarnya itu hanya sentimen dan anggapan dan itupun tidak tepat.
Bercakap pasal pantai timur ni, memang banyak sentimen pasal emas di area ni, ada negeri mendakwa emas mereka lebih berkualiti dari negeri lain, opss? kualiti apa agaknya?  emas 916 dimana-mana pun bermaksud 91.6% emas atau 22 karat,  jika ditimbang menggunakan density meter, akan memberikan bacaan 22k, density meter ini standardize, sama sahaja di Kelantan ke, Kedah ke atau Sabah sekalipun. Cuma semangat kenegerian melebihi realiti dan tak salah untuk berbangga dengan kampung halaman, jadi biarlah ia kekal menjadi adat.

Ok berbalik kepada emas, memang harga emas sedang menaik, semalam indeks yang kami dapat adalah 6380 berbanding sebelum sebelum raya sekitar 6300-6330.

No comments:

Post a Comment