Sunday, 1 May 2011

Langkah Pertamaku

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, pada bulan April 2011 saya telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan emas dan menghasilkan blog ini sebagai salah 1 platform @ permulaan dalam memacu arah tuju perniagaan saya.Terima kasih kerana melawati blog ini.


Yang kita semua sedia maklum, harga emas semasa semakin meningkat setiap masa & nilai wang fiat/kertas semakin menurun dari tahun ke tahun, kadar inflasi juga meningkat dari kesan manipulasi matawang utama dunia (USD, GBP,etc). Jika beberapa tahun dulu nilai usd1.00 bersamaan dengan RM3.80 tapi sekarang usd1.00 cuma RM3.08...tapi..jika kita tengok harga emas, beberapa tahun dulu untuk 1gram emas 999.9 (ketulenan emas 99.99% ) hanyalah RM73.00/gram tapi hari ini,2 May 2011 harga untuk 1gram emas 999.9 ialah RM171.72/gram...
Ini adalah graf harga emas mentah yang didagangkan hari ini...Semalam harga emas mentah mencecah USD1565.70/Oz ( 1 Oz = 31.1gram)...dan pada saat saya mula terlibat dengan perniagaan ini beberapa minggu yang lepas harga untuk 1 Oz = USD1440.00....Cepat kan harga emas naik...

Jadi usahlah kita masih berkira-kira @ masih fikir & cakap "emas mahal" sebab emas memang mahal. Dan harganya tidak akan jadi murah. Beli & kumpul emas dari sekarang untuk dijadikan simpanan @ pelaburan masa depan kita semua. Kita tidak akan rugi jika beli emas tapi kita akan rugi jika masih bergantung pada nilai matawang semasa yang ada sekarang..

Saya akan kongsikan lebih banyak info2 emas pada masa akan datang. Semoga pengunjung blog ini mendapat pendedahan & menyebarkan info2 berguna yang diperolehi dalam blog ini.


Amir 0129179055  Dealer Dinar Emas, Dirham & Gold Bar

No comments:

Post a Comment