Hari ini boleh dikatakan kesemua akhbar menyebut tentang kemelesetan Dollar Amerika yang semakin meruncing, nilainya semakin susut ekoran kadar defisit yang semakin meningkat di Amerika dan juga disebabkan kebimbangan ke atas krisis kewangan di Eropah.
NEW YORK 26 Mei – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain. Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global. Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-an. Katanya, aliran tersebut disebabkan oleh perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi utama serta peningkatan kebimbangan terhadap kemampanan hutang awam AS, yang sebahagiannya dipegang oleh orang asing. ”Sebagai keputusannya, jangkaan kerugian nilai buku oleh pegangan rizab asing akan menyebabkan krisis keyakinan dalam rizab mata wang, yang akan menyebabkan keseluruhan sistem kewangan global berisiko,” kata laporan itu. Laporan 17 muka surat itu, menunjukkan risiko kejatuhan nilai dolar AS. Pakar Ekonomi Kanan PBB, Rob Vos yang terlibat dalam laporan itu berkata, pasaran-pasaran baru muncul secara besar-besaran mulai menjual mata wang dolar AS, sekali gus akan menyebabkan kejatuhan mata wang itu. ”Kami tidak menyatakan kejatuhan pasti berlaku, tetapi faktor yang menyebabkannya risiko seumpama itu sedang berlaku sekiranya perkara-perkara lain yang berkaitan tidak bertambah baik,” katanya. Pakar-pakar ekonomi PBB, sedang menimbang sama ada dolar perlu terus menjadi mata wang tunggal dunia manakala pihak lain menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kedudukan kewangan AS. Standard & Poor’s telah memberikan amaran untuk menurunkan penarafan kredit AS pada AAA, kecuali kerajaan pentadbiran Obama dan kongres menemui jalan untuk mengurangkan bajet defisit persekutuan dalam tempoh dua tahun. Penurunan taraf itu akan menghilangkan status AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan peranan dolar sebagai mata wang dominan global. Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner berkata, kerajaan AS tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka. – Utusan Malaysia Online / Reuters
Keadaan menjadi bertambah buruk apabila negara-negara luar juga turut mengurangkan kebergantungan kepada nilai dollar, sekaligus menyebabkan permintaan keatas dollar turut berkurang . Hakikatnya, Ringgit Malaysia juga turut tidak terlepas dari krisis ini, walaupun ekonomi negara semakin baik, matawang semakin kukuh berbanding dollar, namun hakikatnya kuasa beli oleh RM tidak pernah meningkat, bahkan semakin menyusut disebabkan RM juga turut disandarkan kepada nilai Dollar.
Jika Dollar yang menjadi sandaran juga semakin susut nilainya, apatah lagi RM!! Buktinya, dengan pengukuhan nilai RM berbanding dollar ketika ini, sepatutnya harga barangan import telah berkurang harganya kira-kira 20%, namun adakah ianya berlaku di dalam pasaran tempatan ketika ini?
Ayuh semua bertindak bijak, kita tidak mampu untuk mengubah dasar kewangan negara, namun kita mampu mengubah dasar kewangan peribadi. Tukarlah simpanan kita kepada emas fizikal yang semakin meningkat nilainya, agar kuasa beli kita bertambah, simpanan kita berganda dan ekonomi kita sejahtera.
Jadi bertindaklah dari sekarang. Semua tindakan kita hari ini adalah pilihan kita sendiri & bukan semata-mata nasib @ takdir.
Ingin mula menyimpan emas/ mendapatkan emas boleh call / SMS nombor di bawah:
Amir 0129179055 ( agent emas goldenrich)
- menjual dinar emas, dirham, gold bar ( emirates,pamp suisse,perth mint), gelang emas 999
No comments:
Post a Comment