Tuesday, 28 May 2013

Timing: Bila kena mula???


 Assalamualaikum..Tengan malam ini Amir nak kongsikan sedikit info yang mungkin anda semua dah tau.

Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993. Kejatuhan harga Emas mungkin mengakibatkan ramai pelabur terkejut dengan trend terkini,Namun bagi saya harga Emas telah mencecah harga yang amat tinggi sejak sekian lama yang menyebabkan ramai orang tidak mampu memilikinya.



“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, Emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.

“Kini harga Emas telah jatuh,dan saya yakin ini akan membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki Emas, terutama bagi pembeli baru yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.

Jadi kesimpulannya ini adalah masa yang terbaik untuk membeli emas kerana mengikut rekod emas tetap akan naik pada bila-bila masa ..seperti sabda Rasulullah S.A.W ,"Akan tiba satu masa tidak akan ada benda yang paling bernilai kecuali Emas dan Perak"..



No comments:

Post a Comment