Assalamualaikum...alhamdulillah malam ni hujan di Gombak..Sambil melihat air hujan mencurah kat cucur atap ni,jari lincah menyelusuri page facebook..mencari-cari apa kata2 pujangga/puitis dari sahabat2 FB Amir..Nahh jumpa 1,yg kena & menusuk Qalbu.
Biarlah orang mengata kita, jangan kita pula yg mengata orang.
Biarlah orang yang memfitnah kita, jangan kita pula yang melakukannya.
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan ja.
Biarlah orang mencaci kita, doakan sahaja petunjuk bagi mereka.
Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam itu lebih baik.
Kenangkanlah budi orang, lupakanlah jasa kita.
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita.
Balaslah jasa orang, dengan melupakan kejahatannya.
Alangkah baiknya, diberi kejahatan dibalas pula dengan kebaikan.
kredit to: Zety Amalina
** Sedikit info mengenai Emas ( di ambil dari web harga emas )
Emas vs Tanah - 7 kelebihan pelaburan emas berbanding tanah.
1. Emas boleh digadaikan dengan mudah, asalkan berat dan ketulenannya tepat. Tanah juga boleh dicagar, tetapi prosesnya agak mengambil masa dan
rumit. Tanah tersebut juga perlu dinilai oleh jurunilai panel bank, kemudian
perlu mohon dari bank dan pemohon perlu mempunyai keupayaan pembayaran balik
dengan bukti pendapatan tetap.
2. Emas tidak perlu kos penyelenggaraan,hanya ada zakat emas ( rujuk post sebelum ini ). Tanah pula perlu ada sempadan, perlu
bayar cukai tanah setiap tahun. Masalah pencerobohan, masalah banjir,
ternakan masuk ke kawasan tanah dan pelbagai masalah lain.
3. Emas mudah dibeli. Asal ada 'duit extra' boleh je beli. Untuk tanah,
sebelum beli kena check status sama ada betul milik pemilik, tidak dicagar
di bank dan tiada masalah perebutan diantara ahli keluarga pemilik, kemudian kena
buat Sales and Purchase agreement. Jika harga tanah mahal, kena buat
loan, kena ada deposit dan lain-lain. Leceh kan?Dana yang diperlukan juga besar.
4. Emas mudah dibahagikan. Kalau kita ada 100 gram emas, kita senang untuk bahagikan sama ada tukar kepada 20 gram x 5 bahagian. Tanah kalau nak
bahagikan(pecah lot) memang rumit,memakan kos & juga masa. Kalau tanah tu kecik lagi la susah nak
pecah lot. Last2 seorang dapat bahagian yang terlalu kecil, sampai nak buat rumah
pun tak lepas.
5. Kenaikan harga Emas agak tinggi setiap tahun iaitu antara 20-30% mengikut terma& syarat yang telah dibuktikan oleh pemain2 emas. Kenaikan tanah
bergantung kepada lokasi, paling rendah kenaikan 5% sahaja. Lokasi
strategik, harga tanah pun mahal. Tidak semua orang mampu membeli tanah
di lokasi strategik.
6. Emas tiada siapa akan tahu berapa banyak emas yang kita miliki. Tanah
mudah untuk diketahui pemilikan kita kerana telah direkodkan oleh Pejabat
Tanah, rekod pembayaran cukai tanah dan setiap penjualan tanah dikenakan
pelbagai cukai oleh kerajaan.
7. Emas mudah dicairkan. Boleh jual dimana2 kedai emas atau dengan Amir. Tanah ambil masa untuk dijual sebagaimana proses diatas perlu diambil
oleh pembeli. Kadangkala mengambil masa bertahun-tahun menunggu pembeli
dgn harga yang dipersetujui kedua pihak. Jika memerlukan wang segera
terpaksa jual dengan harga rendah yang kadangkala merugikan penjual.
** Beli emas pelaburan dengan harga MAMPU MILIK . Hubungi Amir (0129179055,bt.caves)
No comments:
Post a Comment