Tuesday, 28 May 2013

Update Harga Hari ini

Assalamualaikum & selamat pagi




Update Harga Jual/Beli Emas 29/5/2013:

Emas Pelaburan:
999 = RM154/g
916 = RM144/g

Emas Perhiasan: RM145/g + upah tukang

Harga Belian Emas Terpakai:
999 = RM 125/g
916 = RM113/g
835 = RM100/g

Hubungi Amir 0129179055 ( batu caves)
http://emasku9999.blogspot.com

Berita dari BSKL


KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia berkemungkinan meningkat minggu depan manakala FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka menyaksikan lantunan kecil.
Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata indeks utama itu mungkin menguji semula paras 1,790-1,800 mata berikutan petunjuk-petunjuk positif dari Amerika Syarikat dan berita bahawa semakin banyak bank pusat akan melaksanakan dasar monetari yang akomodatif.

“Di dalam negara, kami menjangka sentimen pulih semula memandangkan kini dasar-dasar terus teguh berikutan kemenangan parti pemerintah dalam pilihan raya dan kami yakin kerajaan akan meneruskan agenda reformasi untuk mencergaskan ekonomi dengan barisan Kabinet yang baharu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pelabur-pelabur menganggap komposisi barisan Kabinet ini sebagai mesra perniagaan dan mewakili sektor-sektor ekonomi.
“Ia adalah padanan yang baik antara orang yang sesuai dengan tugas yang sesuai, yang boleh membuat keputusan yang baik untuk memastikan pertumbuhan dari suku ke suku dalam beberapa tahun akan datang.
“Kami menjangkakan lebih banyak pelabur runcit kembali ke pasaran, dana terus mengalir masuk,  pelabur semakin yakin dan pertumbuhan ekonomi terus teguh untuk mendorong peningkatan Bursa dalam bulan-bulan akan datang,” kata beliau.

Dalam minggu ini, indeks pengukur pasaran itu mencecah 1,788.43 mata pada Selasa tetapi harga saham turun selepas itu berikutan kegiatan menjual.
“Dari segi teknikalnya, kami menganggap kejatuhan FBMKLCI sebanyak 3.1 peratus atau 58 mata sejak 6 Mei, apabila indeks itu mencecah paras tertinggi dalam sejarahnya pada 1,826.22 mata, sebagai pembetulan semula jadi, terutamanya disebabkan oleh kegiatan pelabur mengambil untung,” tegas Nazri.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mengakhiri dagangan minggu ini 3.22 mata lebih rendah pada 1,769.16. Indeks Kewangan meningkat 42.63 mata kepada 16,749.01, Indeks Perladangan turun 96.20 mata kepada 8,229.30 dan Indeks Perusahaan naik 69.35 mata kepada 3,024.45.
Indeks FBM Emas menokok 59.47 mata kepada 12,272.18, Indeks FBMT100 mengukuh 34.24 mata kepada 12,054.50, Indeks FBM Ace melonjak 327.14 mata kepada 4,679.41 dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 266.03 mata kepada 14,091.99.

Jumlah dagangan mingguan bertambah kepada 12.677 bilion saham bernilai RM13.261 juta daripada 11.54 bilion saham bernilai RM17.29 bilion minggu lepas. Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 10.65 bilion saham bernilai RM12.588 bilion daripada 10.43 bilion saham bernilai RM17.08 bilion yang dicatatkan minggu lalu.

Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya meningkat mendadak kepada 1.727 bilion unit bernilai RM265.042 juta daripada 767.35 juta saham bernilai RM123.16 juta sebelumnya.
Bagaimanapun, waran susut jumlahnya kepada 272.137 juta saham bernilai RM35.623 juta daripada 328.44 juta unit bernilai RM39.47 juta minggu lepas. – Bernama

Pastikan produk dagangan anda sentiasa mempunyai nilai yg tinggi & berkualiti.


** Renungan

Sedarkah kita orang yang paling kuat sebenarnya ialah paling sensitif? Sedarkah kita orang yang selalu menunjukkan baik hati selalu akan dilayan dengan tidak adil? Sedarkan kita orang yang menjaga hati semua orang sebenarnya orang yang paling memerlukan hatinya dijaga?

Tahukah kita tiga ayat/perkataan yang paling susah keluar dari bibir seseorang ialah sayang, maaf dan tolonglah. Di sebalik wajah yang gembira, kakadang lihatlah di sebalik senyumannya untuk memahami keperitan yang sedang dialaminya.

Kita semua pernah merasainya..

kredit to: Ustaz Roslan


Timing: Bila kena mula???


 Assalamualaikum..Tengan malam ini Amir nak kongsikan sedikit info yang mungkin anda semua dah tau.

Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993. Kejatuhan harga Emas mungkin mengakibatkan ramai pelabur terkejut dengan trend terkini,Namun bagi saya harga Emas telah mencecah harga yang amat tinggi sejak sekian lama yang menyebabkan ramai orang tidak mampu memilikinya.



“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, Emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.

“Kini harga Emas telah jatuh,dan saya yakin ini akan membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki Emas, terutama bagi pembeli baru yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.

Jadi kesimpulannya ini adalah masa yang terbaik untuk membeli emas kerana mengikut rekod emas tetap akan naik pada bila-bila masa ..seperti sabda Rasulullah S.A.W ,"Akan tiba satu masa tidak akan ada benda yang paling bernilai kecuali Emas dan Perak"..



Monday, 27 May 2013

Emas MAMPU MILIK

Assalamualaikum & selamat pagi...Sebagai pembuka bicara jom sama2 kita renungkan kata-kata di bawah ini hasil perkongsian sahabat2 di wall FB Amir.


 1. Kaya ilmu miskin harta- selamat

2. Kaya ilmu kaya harta - bahagia

3. Miskin ilmu kaya harta- susah dan bermasalah

 4. Miskin ilmu miskin harta- amat malang

Oleh itu, jom kita audit dan betulkan diri dgn mencari ilmu agama dan hentikan menyalahkan orang lain dan mencari berita negatif.. - 

: Ustaz Roslan

 

Sungguh,
rezeki itu suatu makhluk misteri ciptaan tuhan.
Makin dikejar, makin menjauh.

Pastinya,
ia cukup gemar dengan hati hamba yang sentiasa tawaduk, bersih, ikhlas,
Dekat dengan tuhan.
Dekat.

Barangkali,
ia juga benci digenggam.
Hati yang mesra, penuh cinta, terpancar limpahan kasih sesama manusia,
rezeki berlari melulu ingin mendekati hati itu.

Bahkan melutut merayu pada tuhannya.
Katanya, "Allah, hamba ingin sekali berada di samping kekasih itu.
Sebagai pertolongan, bukan penangan."

Ku fikir begitu.
Apa kamu setuju?

- kredit to: Fatimah Zahra Hanan
Gambar december 2012 : Tahfiz Ar-Ridhuan Ulu Kelang


**Dapatkan emas MAMPU MILIK hari ini. Hubungi Amir, 0129179055 (batu caves)



**Pamp Suisse

Emirates,Dubai 1gram
 
 
Rantai Tangan Pasir/Gajah Padu 999/916

 

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakhbar

Assalamualaikum...alhamdulillah malam ni hujan di Gombak..Sambil melihat air hujan mencurah kat cucur atap ni,jari lincah menyelusuri page facebook..mencari-cari apa kata2 pujangga/puitis dari sahabat2 FB Amir..Nahh jumpa 1,yg kena & menusuk Qalbu.


Biarlah orang mengata kita, jangan kita pula yg mengata orang.
Biarlah orang yang memfitnah kita, jangan kita pula yang melakukannya.
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan ja.
Biarlah orang mencaci kita, doakan sahaja petunjuk bagi mereka.
Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam itu lebih baik.
Kenangkanlah budi orang, lupakanlah jasa kita.
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita.
Balaslah jasa orang, dengan melupakan kejahatannya.

Alangkah baiknya, diberi kejahatan dibalas pula dengan kebaikan.

kredit to: Zety Amalina

 

** Sedikit info mengenai Emas ( di ambil dari web harga emas )


Emas vs Tanah - 7 kelebihan pelaburan emas berbanding tanah.

 

1. Emas boleh digadaikan dengan mudah, asalkan berat dan ketulenannya tepat. Tanah juga boleh dicagar, tetapi prosesnya agak mengambil masa dan rumit. Tanah tersebut juga perlu dinilai oleh jurunilai panel bank, kemudian perlu mohon dari bank dan pemohon perlu mempunyai keupayaan pembayaran balik dengan bukti pendapatan tetap.

 

2. Emas tidak perlu kos penyelenggaraan,hanya ada zakat emas ( rujuk post sebelum ini ). Tanah pula perlu ada sempadan, perlu bayar cukai tanah setiap tahun. Masalah pencerobohan, masalah banjir, ternakan masuk ke kawasan tanah dan pelbagai masalah lain.

 

3. Emas mudah dibeli. Asal ada 'duit extra' boleh je beli. Untuk tanah, sebelum beli kena check status sama ada betul milik pemilik, tidak dicagar di bank dan tiada masalah perebutan diantara ahli keluarga pemilik, kemudian kena buat Sales and Purchase agreement. Jika harga tanah mahal, kena buat loan, kena ada deposit dan lain-lain. Leceh kan?Dana yang diperlukan juga besar.

 

4. Emas mudah dibahagikan. Kalau kita ada 100 gram emas, kita senang untuk bahagikan sama ada tukar kepada 20 gram x 5 bahagian. Tanah kalau nak bahagikan(pecah lot) memang rumit,memakan kos & juga masa. Kalau tanah tu kecik lagi la susah nak pecah lot. Last2 seorang dapat bahagian yang terlalu kecil, sampai nak buat rumah pun tak lepas.

 

5. Kenaikan harga Emas agak tinggi setiap tahun iaitu antara 20-30% mengikut terma& syarat yang telah dibuktikan oleh pemain2 emas. Kenaikan tanah bergantung kepada lokasi, paling rendah kenaikan 5% sahaja. Lokasi strategik, harga tanah pun mahal. Tidak semua orang mampu membeli tanah di lokasi strategik.

 

6. Emas tiada siapa akan tahu berapa banyak emas yang kita miliki. Tanah mudah untuk diketahui pemilikan kita kerana telah direkodkan oleh Pejabat Tanah, rekod pembayaran cukai tanah dan setiap penjualan tanah dikenakan pelbagai cukai oleh kerajaan.

 

7. Emas mudah dicairkan. Boleh jual dimana2 kedai emas atau dengan Amir. Tanah ambil masa untuk dijual sebagaimana proses diatas perlu diambil oleh pembeli. Kadangkala mengambil masa bertahun-tahun menunggu pembeli dgn harga yang dipersetujui kedua pihak. Jika memerlukan wang segera terpaksa jual dengan harga rendah yang kadangkala merugikan penjual.

 

** Beli emas pelaburan dengan harga MAMPU MILIK . Hubungi Amir (0129179055,bt.caves)



 

Yang kemilau tak selalu memukau...

Yang gemerlap tak selalu bisa diharap..

Yang cemerlang tak selalu gemilang..

Yang kaya tak selalu membuat bahagia..

Yang pintar tak selalu membuat diri tersadar..

Yang tampan tak selalu menawan..

Yang cantik tak selalu menarik..

Tapi yang beriman,berakhlaq mulia dan yang sederhana tak suka berfoya-foya seringkali membuat nyaman di jiwa..

Karena baginya apa yang dimiliki adalah amanah sekaligus karunia dari Allah yang harus dijaga dan dipergunakan di jalan yang diredhai-Nya..

Sehingga tak heran walau dia kaya,pintar,tampan,cantik dan berbagai atribut melekat dalam diri tak membuatnya terlena..

Namun,terkadang kita begitu mudah terpesona dengan apa yang nampak indah di mata..

Padahal kenyataan belum tentu demikian adanya..

Sibuknya mencari sesuatu yang sempurna membuat kita tersiksa..

Begini bukan,begitu bukan,begini salah,begitu salah akhirnya resah..

Oleh karena itu jangan terlalu sibuk mencari yang sempurna. Jika yang beriman, berakhlaq mulia dan yang sederhana pun mampu membuatmu bahagia.... :)  
 

  - kredit to : Nur Kaseh (FB)



**Dapatkan Emas MAMPU MILIK hanya dengan Amir.Hubungi 0129179055 untuk harga DISCOUNT MAMPU BAGI segera. TQ



Saturday, 25 May 2013

Assalamualaikum...Alhamdulillah setelah sekian lama In Shaa Allah Amir akan aktif semula untuk update info terkini mengenai dunia emas. Sejak tidak aktif dengan perjalanan karier sebagai penuntut ilmu emas Amir banyak melakukan kerja "freelance + free -lunch" (free-lunch sbb setiap kerja bila waktu lunch mmg disponsor oleh pihak2 yg terlibat) & sekarang Amir cuba utk aktif semula mempelajari ilmu berkenaan emas & perniagaan yg berkaitan dengan metal tersebut. Amir sekarang sedang dalam proses menguruskan pembukaan kedai emas seorang kenalan di Greenwood. So sesiapa yg berminat utk  mendapatkan emas pd harga yg berpatutan bolehlah datang ke kedai tersebut. In Shaa Allah ada diskaun melampau punyer.

Hubungi Amir utk dapatkan maklumat lokasi kedai tersebut ya. 0129179055