Assalamualaikum...fuhh lamanya x update blog ni.sejak harga emas jatuh lansung x update..hehe...frust gamaknyerrr....
Ok,kali ni Amir nak berkongsi sket dengan anda semua mengenai sebab2 @ alasan kenapa orang malaysia khususnya orng melayu takut nak beli emas...
1) Takut rugi ( rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula )
Hal yang ni selalu dibimbangi oleh mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya,
dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal pelaburan. Mereka tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat
keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah
makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa tingginya nilai
emas.
Jika di Malaysia, bila ditanya mengenai emas, apa yang saya dapati kebanyakan dari mereka ini hanya tahu, emas
hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai
emas sahaja.
So bila mereka hanya tau kat kedai emas aje boleh beli emas maka nak jual semula emas pun kat kedai tu juga. Tapi perlu di ingatkan bahawa harga jualan di kedai emas yang rata-rata lebih tinggi premium & kos upahnya. "Spread" harga perlu diperhalusi jika anda memilih untuk menjual balik barang tersebut di kedai emas @ di tempat2 lain kerana "spread" setiap institusi berbeza antara satu sama lain. Sebab
itu kita perlukan ilmu yang secukupnya sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu
cara untuk dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang
yang anda rasa boleh dipercayai.
2 ) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda
percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah kerana dikhuatiri ada
penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang
sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.
Untuk lebih meyakinkan,eloklah jalankan urusan jual beli emas tersebut di mana2 ar-rahnu yang di pilih sendiri oleh pembeli,bawa barang tersebut & dengan sedikit bayaran si pembeli boleh minta pekerja di ar-rahnu tersebut "check" ketulenan barang yang hendak di beli itu. Dan elakkan membuat urusan jual beli emas pada waktu malam,lebih2 lagi bila berurusan dengan penjual yang baru dikenali.
3 ) Takut susah nak “cairkan” kepada wang kertas di waktu2 kecemasan
Anda sepatutnya tidak bimbang kerana selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki “ibu
duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank,
koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah,
anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali
emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sepanjang berniaga emas secara sambilan ni, selalunya 3 perkara di atas ni paling banyak di tanya oleh kawan2,sedara mara & orang ramai kepada saya. Tapi walau apepun,keputusan tetap di tangan pembeli. Tepuk dada tanya hati nak beli ke xnak..kalau rasa tak meyakinkan elok jangan beli & jangan fikir nak melabur dalam emas. Pergilah ke kursus2 mengenai pelaburan emas & anda boleh mulakan bila anda dah rasa yakin dengan pelaburan tersebut. Jangan fikir nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli sebab bila harga jatuh pun tak di belinya jugak, sebab fikirnya nak tunggu harga jatuh sikit lagi..Kita patut ingat 1 Rule ni aje, " ade duit,beli", lain la kalau anda nak jadi peniaga emas tapi elok berdaftar untuk jadi wakil pengedar mana2 company kerana awal2 dah dapat harga dealer/master dealer yang jauh lebih murah dari harga pasaran.
Berminat nak jadi wakil pengedar & dapat harga murah?? Call Amir 0129179055