Tuesday, 27 December 2011

Pergerakan Pelaburan Emas Setakat Ini

 Petikan dari web www.hargaemas.com.my

Dalam Jobstreet minggu lepas, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti.

Khamis lalu, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran Eropah dan India. menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang yang meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND….

Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu. -Sedikit berita positif untuk kami-

Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis.

Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama.

Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.

Secara ringkasnya;   harga emas paling minimum untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, walau bagaimanapun harga emas tidaklah lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trend bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trend bermaksud dalam keadaan menurun)

Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.


Tengok.. trend emas masih berada pada bullish trend, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.


Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal.Jadi rebutlah peluang yang terhidang di depan mata,jangan asyik analyse2 sampai anda paralyze..Bak kata omputeh "The most luckiest man, is who look on this graph and think about the opportunity."

p/s: sila tonton video ini.
http://www.youtube.com/watch?v=-HaqwFJj4ZY&feature=player_embedded#!

Kenapa EMAS???

Sama2 kita tonton video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=-HaqwFJj4ZY&feature=player_embedded#!

Friday, 9 December 2011

Update harga 10/12/ 2011

Lawati Facebook Page saya
www.facebook.com/mahligaibayu
Terdapat banyak produk barang kemas dengan design2 terkini sama seperti barang kemas di Wah Chan tapi harga Mahligai Bayu jauh lebih rendah berbanding kedai2 "cha ya nun alif " tersebut .TQ