Saturday, 18 June 2011

Ilmu dah ada,apa yang difikirkan lg??


Assalamualaikum w.b.t
Saya cuma nak bertanya...Macam mana anda sekarang?
Anda dah mulakan pelaburan Emas anda sendiri?
Jika belum, tetapi ilmu dah ada, dah tahu macam mana nak mulakan, maka eloklah anda terus mulakan.
Jangan tangguh-tangguh. Kalau bertangguh lupa lak nanti. Lagi pun beza antara orang yang berjaya ialah mereka cepat bertindak. Buat tindakan. Tapi tindakan dengan cara yang betul lah ya.
Jika anda masih belum dan ingin memulakan Pelaburan dan perniagaan Emas anda sendiri saya syorkan sangat anda timba ilmu terlebih dahulu. Apa-apa perkara pun memang ilmu sangat penting.
Caranya mungkin boleh beli ebook, video, pergi seminar, bengkel dan sebagainya. Tapi pastikan bahan-bahan yang anda beli atau gunakan tu berkualiti dan boleh membantu la ya. Kalau tak membazir je nanti...
Ok lah... itu sahaja. Jumpa lagi.
Sekian. Wassalam.
Semoga anda sukses selalu. 
 
 
Amir 0129179055

Saturday, 11 June 2011

Zakat Emas

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..Setelah 2 bulan menceburi bidang perniagaan emas ni ramai yg duk  tanya pasal zakat emas dh bayar ke belum,padahal yang bertanya tu xde beli emas pun..sama juga orang yg beli emas 1 gram lg banyak komplen itu ini berbanding orang yg dah beli 10 gram @ 100 gram..macam2 karenah...So untuk post kali ni saya sertakan sedikit info mengenai zakat untuk mereka-mereka yang sudah memiliki emas & jg info kepada yg banyak bertanya tu..Kepada yg dh simpan emas tu kalau dah cukup haulnya jangan lupa bayar zakat ya :-)

Seperti yg kita sedia maklum,Zakat emas dan perak ialah zakat yang dikenakan ke atas beberapa jenis logam berharga, iaitu emas dan perak. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. " - (Surah At-Taubah: 34)

" (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. " - (Surah At-Taubah: 35)

Zakat Emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan) - yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%
2. Emas yang dipakai - (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Zakat Perak

Beza zakat perak dengan emas cuma nilai nisabnya iaitu 595 gram.


Jadi,dengan sedikit penerangan ini dapatlah kita semua tahu serba sedikit mengenai zakat emas & perak.

ingin dapatkan dinar emas,gold bar @ gelang emas 999 blh hubungi nombor di bawah:

0129179055 amir

Thursday, 9 June 2011

Gold or Silver, which 1 you should buy?

Nak tau harga emas hari ni boleh klik link di bawah ya
http://goldenrich999.blogspot.com

Beli emas dari sekarang, simpan paling kurang 1 tahun & anda akan nampak hasilnya..tapi ada orang tanya apa hasil simpan emas? Hasilnya nilai emas semakin naik,bukan macam nilai duit kertas yang semakin hari semakin menurun..Dulu bawa RM50 g mini market boleh beli macam2 sampai penuh bonet kereta tapi sekarang RM50 tu pergi ke mini market yang sama tapi nak beli barang penuh 1 bakul pun belum tentu dapat..Dulu 10sen dapat beli gula2 3-5biji tapi sekarang 10sen dapat 2 biji gula2 je..Tapi dengan emas, 1 dinar pada zaman Rasul s.a.w dapat beli seekor kambing & zaman sekarang 1 dinar masih boleh beli 1 ekor kambing..kalau beli kambing kampung mungkin boleh dapat 2 ekor  ;-)


Ada pulak orang tanya kenapa nak beli emas sedangkan beli silver(perak) lagi untung?kenapa?kenapa?..
ni saya bagi jawapan..memang kenaikan harga silver lagi tinggi dari kenaikan harga emas setiap tahun, tapi jika beli silver bar,dengan cara yang macam mana anda nak dapat balik duit tu selain dari jual semula silver bar yang ada??sebab kat malaysia takde lagi tempat untuk pajak silver bar..jika jual mungkin anda akan rugi sebab dah takde silver bar n jika nak beli semula pada waktu tu harga silver juga dah mahal dari tahun sebelumnya,kecuali anda seorang trader yang memang jual silver bar boleh la jual bar tersebut & boleh re-stock bila2 masa..kalau kita bukan seorang trader,kan ke leceh nak kena cari buyer lebih2 lagi kalau takde link kat mana2 dealer emas&silver..berbanding emas,kita boleh pajak di ar-rahnu,emas tak hilang & kita dapat balik duit rebat & dengan duit rebat tu kita boleh beli emas lagi ataupun buat modal niaga...so mana lagi untung & senang? Fikir2kanlah & sebolehnya ambil tindakan dari sekarang,jangan asyik analyse2 sampai anda paralize & hasilnya habuk pun tarak bak kata2 indah orang KL...hehe saya orang pantai timur,duk KL ni kne la belajar sket bahasa orang kL,btul x?

So,kesimpulannya anda beli silber @ emas kedua-duanya akan bagi profit kepada anda. Keputusan di tangan anda untuk pilih yang mana lagi senang anda nak berurusan.

ingin mendapatkan gold bar,dinar kelantan,dinar n.perak @ gelang emas999 10g,20g,50g n 100g boleh hubungi nombor di bawah:

Amir 0129179055

Sunday, 5 June 2011

Update harga emas

Harga dah makin naik tapi harga kami (agent GoldenRich) masih lagi rendah berbanding harga yang ditawarkan oleh beberapa syarikat lain..Buatlah keputusan & perubahan dari sekarang. Bak kata sifu saya : "kamu tidak boleh menuju ke hadapan dengan pantas jika kamu masih melihat ke belakang dengan penuh sesal"...jangan jadi macam saya,dulu duit banyak tapi lansung tak beli emas sedangkan waktu tu
harga emas berkali ganda murah dari harga sekarang. tapi nak menyesal pun x guna..& yang paling penting kita lakukan perubahan secepat mungkin supaya kita tidak lebih menyesal di kemudian hari.


Ingin mulakan pelaburan dengan emas? ingin membeli Dinar kelantan, dinar n.perak,gold bar@ gelang emas 999?? call /SMS nombor di bawah:
0129179055 (amir)