Assalamualaikum & selamat pagi
Update Harga Jual/Beli Emas 29/5/2013:
Emas Pelaburan:
999 = RM154/g
916 = RM144/g
Emas Perhiasan: RM145/g + upah tukang
Harga Belian Emas Terpakai:
999 = RM 125/g
916 = RM113/g
835 = RM100/g
Hubungi Amir 0129179055 ( batu caves)
http://emasku9999.blogspot.com
Tuesday, 28 May 2013
Berita dari BSKL
KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia berkemungkinan meningkat minggu depan manakala FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka menyaksikan lantunan kecil.
Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata indeks utama itu mungkin menguji semula paras 1,790-1,800 mata berikutan petunjuk-petunjuk positif dari Amerika Syarikat dan berita bahawa semakin banyak bank pusat akan melaksanakan dasar monetari yang akomodatif.
“Di dalam negara, kami menjangka sentimen pulih semula memandangkan kini dasar-dasar terus teguh berikutan kemenangan parti pemerintah dalam pilihan raya dan kami yakin kerajaan akan meneruskan agenda reformasi untuk mencergaskan ekonomi dengan barisan Kabinet yang baharu,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pelabur-pelabur menganggap komposisi barisan Kabinet ini sebagai mesra perniagaan dan mewakili sektor-sektor ekonomi.
“Ia adalah padanan yang baik antara orang yang sesuai dengan tugas yang sesuai, yang boleh membuat keputusan yang baik untuk memastikan pertumbuhan dari suku ke suku dalam beberapa tahun akan datang.
“Kami menjangkakan lebih banyak pelabur runcit kembali ke pasaran, dana terus mengalir masuk, pelabur semakin yakin dan pertumbuhan ekonomi terus teguh untuk mendorong peningkatan Bursa dalam bulan-bulan akan datang,” kata beliau.
Dalam minggu ini, indeks pengukur pasaran itu mencecah 1,788.43 mata pada Selasa tetapi harga saham turun selepas itu berikutan kegiatan menjual.
“Dari segi teknikalnya, kami menganggap kejatuhan FBMKLCI sebanyak 3.1 peratus atau 58 mata sejak 6 Mei, apabila indeks itu mencecah paras tertinggi dalam sejarahnya pada 1,826.22 mata, sebagai pembetulan semula jadi, terutamanya disebabkan oleh kegiatan pelabur mengambil untung,” tegas Nazri.
Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI mengakhiri dagangan minggu ini 3.22 mata lebih rendah pada 1,769.16. Indeks Kewangan meningkat 42.63 mata kepada 16,749.01, Indeks Perladangan turun 96.20 mata kepada 8,229.30 dan Indeks Perusahaan naik 69.35 mata kepada 3,024.45.
Indeks FBM Emas menokok 59.47 mata kepada 12,272.18, Indeks FBMT100 mengukuh 34.24 mata kepada 12,054.50, Indeks FBM Ace melonjak 327.14 mata kepada 4,679.41 dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 266.03 mata kepada 14,091.99.
Jumlah dagangan mingguan bertambah kepada 12.677 bilion saham bernilai RM13.261 juta daripada 11.54 bilion saham bernilai RM17.29 bilion minggu lepas. Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 10.65 bilion saham bernilai RM12.588 bilion daripada 10.43 bilion saham bernilai RM17.08 bilion yang dicatatkan minggu lalu.
Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya meningkat mendadak kepada 1.727 bilion unit bernilai RM265.042 juta daripada 767.35 juta saham bernilai RM123.16 juta sebelumnya.
Bagaimanapun, waran susut jumlahnya kepada 272.137 juta saham bernilai RM35.623 juta daripada 328.44 juta unit bernilai RM39.47 juta minggu lepas. – Bernama
Pastikan produk dagangan anda sentiasa mempunyai nilai yg tinggi & berkualiti.
** Renungan
Sedarkah
kita orang yang paling kuat sebenarnya ialah paling sensitif? Sedarkah
kita orang yang selalu menunjukkan baik hati selalu akan dilayan dengan
tidak adil? Sedarkan kita orang yang menjaga hati semua orang sebenarnya
orang yang paling memerlukan hatinya dijaga?
Tahukah kita tiga
ayat/perkataan yang paling susah keluar dari bibir seseorang ialah
sayang, maaf dan tolonglah. Di sebalik wajah yang gembira, kakadang
lihatlah di sebalik senyumannya untuk memahami keperitan yang sedang
dialaminya.
Kita semua pernah merasainya..
kredit to: Ustaz Roslan
Timing: Bila kena mula???
Assalamualaikum..Tengan malam ini Amir nak kongsikan sedikit info yang mungkin anda semua dah tau.
Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993. Kejatuhan harga Emas mungkin mengakibatkan ramai pelabur terkejut dengan trend terkini,Namun bagi saya harga Emas telah mencecah harga yang amat tinggi sejak sekian lama yang menyebabkan ramai orang tidak mampu memilikinya.
“Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, Emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.
“Kini harga Emas telah jatuh,dan saya yakin ini akan membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki Emas, terutama bagi pembeli baru yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan,
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.
Jadi kesimpulannya ini adalah masa yang terbaik untuk membeli emas kerana mengikut rekod emas tetap akan naik pada bila-bila masa ..seperti sabda Rasulullah S.A.W ,"Akan tiba satu masa tidak akan ada benda yang paling bernilai kecuali Emas dan Perak"..
Monday, 27 May 2013
Emas MAMPU MILIK
Assalamualaikum & selamat pagi...Sebagai pembuka bicara jom sama2 kita renungkan kata-kata di bawah ini hasil perkongsian sahabat2 di wall FB Amir.
: Ustaz Roslan
Sungguh,
1. Kaya ilmu miskin harta- selamat
2. Kaya ilmu kaya harta - bahagia
3. Miskin ilmu kaya harta- susah dan bermasalah
4. Miskin ilmu miskin harta- amat malang
Oleh itu, jom kita audit dan betulkan diri dgn mencari ilmu agama dan hentikan menyalahkan orang lain dan mencari berita negatif.. -
: Ustaz Roslan
Sungguh,
rezeki itu suatu makhluk misteri ciptaan tuhan.
Makin dikejar, makin menjauh.
Pastinya,
ia cukup gemar dengan hati hamba yang sentiasa tawaduk, bersih, ikhlas,
Dekat dengan tuhan.
Dekat.
Barangkali,
ia juga benci digenggam.
Hati yang mesra, penuh cinta, terpancar limpahan kasih sesama manusia,
rezeki berlari melulu ingin mendekati hati itu.
Bahkan melutut merayu pada tuhannya.
Katanya, "Allah, hamba ingin sekali berada di samping kekasih itu.
Sebagai pertolongan, bukan penangan."
Ku fikir begitu.
Apa kamu setuju?
- kredit to: Fatimah Zahra Hanan
Gambar december 2012 : Tahfiz Ar-Ridhuan Ulu Kelang
**Dapatkan emas MAMPU MILIK hari ini. Hubungi Amir, 0129179055 (batu caves)
**Pamp Suisse
Emirates,Dubai 1gram
Rantai Tangan Pasir/Gajah Padu 999/916
Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakhbar
Assalamualaikum...alhamdulillah malam ni hujan di Gombak..Sambil melihat air hujan mencurah kat cucur atap ni,jari lincah menyelusuri page facebook..mencari-cari apa kata2 pujangga/puitis dari sahabat2 FB Amir..Nahh jumpa 1,yg kena & menusuk Qalbu.
Biarlah orang mengata kita, jangan kita pula yg mengata orang.
Biarlah orang mengata kita, jangan kita pula yg mengata orang.
Biarlah orang yang memfitnah kita, jangan kita pula yang melakukannya.
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan ja.
Biarlah orang mencaci kita, doakan sahaja petunjuk bagi mereka.
Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam itu lebih baik.
Kenangkanlah budi orang, lupakanlah jasa kita.
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita.
Balaslah jasa orang, dengan melupakan kejahatannya.
Alangkah baiknya, diberi kejahatan dibalas pula dengan kebaikan.
kredit to: Zety Amalina
** Sedikit info mengenai Emas ( di ambil dari web harga emas )
Emas vs Tanah - 7 kelebihan pelaburan emas berbanding tanah.
1. Emas boleh digadaikan dengan mudah, asalkan berat dan ketulenannya tepat. Tanah juga boleh dicagar, tetapi prosesnya agak mengambil masa dan rumit. Tanah tersebut juga perlu dinilai oleh jurunilai panel bank, kemudian perlu mohon dari bank dan pemohon perlu mempunyai keupayaan pembayaran balik dengan bukti pendapatan tetap.
2. Emas tidak perlu kos penyelenggaraan,hanya ada zakat emas ( rujuk post sebelum ini ). Tanah pula perlu ada sempadan, perlu bayar cukai tanah setiap tahun. Masalah pencerobohan, masalah banjir, ternakan masuk ke kawasan tanah dan pelbagai masalah lain.
3. Emas mudah dibeli. Asal ada 'duit extra' boleh je beli. Untuk tanah, sebelum beli kena check status sama ada betul milik pemilik, tidak dicagar di bank dan tiada masalah perebutan diantara ahli keluarga pemilik, kemudian kena buat Sales and Purchase agreement. Jika harga tanah mahal, kena buat loan, kena ada deposit dan lain-lain. Leceh kan?Dana yang diperlukan juga besar.
4. Emas mudah dibahagikan. Kalau kita ada 100 gram emas, kita senang untuk bahagikan sama ada tukar kepada 20 gram x 5 bahagian. Tanah kalau nak bahagikan(pecah lot) memang rumit,memakan kos & juga masa. Kalau tanah tu kecik lagi la susah nak pecah lot. Last2 seorang dapat bahagian yang terlalu kecil, sampai nak buat rumah pun tak lepas.
5. Kenaikan harga Emas agak tinggi setiap tahun iaitu antara 20-30% mengikut terma& syarat yang telah dibuktikan oleh pemain2 emas. Kenaikan tanah bergantung kepada lokasi, paling rendah kenaikan 5% sahaja. Lokasi strategik, harga tanah pun mahal. Tidak semua orang mampu membeli tanah di lokasi strategik.
6. Emas tiada siapa akan tahu berapa banyak emas yang kita miliki. Tanah mudah untuk diketahui pemilikan kita kerana telah direkodkan oleh Pejabat Tanah, rekod pembayaran cukai tanah dan setiap penjualan tanah dikenakan pelbagai cukai oleh kerajaan.
7. Emas mudah dicairkan. Boleh jual dimana2 kedai emas atau dengan Amir. Tanah ambil masa untuk dijual sebagaimana proses diatas perlu diambil oleh pembeli. Kadangkala mengambil masa bertahun-tahun menunggu pembeli dgn harga yang dipersetujui kedua pihak. Jika memerlukan wang segera terpaksa jual dengan harga rendah yang kadangkala merugikan penjual.
** Beli emas pelaburan dengan harga MAMPU MILIK . Hubungi Amir (0129179055,bt.caves)
Yang kemilau tak selalu memukau...
Yang gemerlap tak selalu bisa diharap..
Yang cemerlang tak selalu gemilang..
Yang kaya tak selalu membuat bahagia..
Yang pintar tak selalu membuat diri tersadar..
Yang tampan tak selalu menawan..
Yang cantik tak selalu menarik..
Tapi yang beriman,berakhlaq mulia dan yang sederhana tak suka berfoya-foya seringkali membuat nyaman di jiwa..
Karena baginya apa yang dimiliki adalah amanah sekaligus karunia dari
Allah yang harus dijaga dan dipergunakan di jalan yang diredhai-Nya..
Sehingga tak heran walau dia kaya,pintar,tampan,cantik dan berbagai atribut melekat dalam diri tak membuatnya terlena..
Namun,terkadang kita begitu mudah terpesona dengan apa yang nampak indah di mata..
Padahal kenyataan belum tentu demikian adanya..
Sibuknya mencari sesuatu yang sempurna membuat kita tersiksa..
Begini bukan,begitu bukan,begini salah,begitu salah akhirnya resah..
Oleh karena itu jangan terlalu sibuk mencari yang sempurna. Jika yang
beriman, berakhlaq mulia dan yang sederhana pun mampu membuatmu
bahagia.... :)
- kredit to : Nur Kaseh (FB)
**Dapatkan Emas MAMPU MILIK hanya dengan Amir.Hubungi 0129179055 untuk harga DISCOUNT MAMPU BAGI segera. TQ
Saturday, 25 May 2013
Assalamualaikum...Alhamdulillah setelah sekian lama In Shaa Allah Amir akan aktif semula untuk update info terkini mengenai dunia emas. Sejak tidak aktif dengan perjalanan karier sebagai penuntut ilmu emas Amir banyak melakukan kerja "freelance + free -lunch" (free-lunch sbb setiap kerja bila waktu lunch mmg disponsor oleh pihak2 yg terlibat) & sekarang Amir cuba utk aktif semula mempelajari ilmu berkenaan emas & perniagaan yg berkaitan dengan metal tersebut. Amir sekarang sedang dalam proses menguruskan pembukaan kedai emas seorang kenalan di Greenwood. So sesiapa yg berminat utk mendapatkan emas pd harga yg berpatutan bolehlah datang ke kedai tersebut. In Shaa Allah ada diskaun melampau punyer.
Hubungi Amir utk dapatkan maklumat lokasi kedai tersebut ya. 0129179055
Hubungi Amir utk dapatkan maklumat lokasi kedai tersebut ya. 0129179055
Pembuka bicara pertengahan 2013
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Hari ini akan dikongsikan sedikit gambar2 emas dalam koleksi saya utk tontonan pembeli & peminat emas.
Anda boleh dapatkan emas pelaburan sama ada dalam bentuk jongkong @ pattern barang kemas di premis perniagaan saya di Greenwood,Gombak. Hubungi 0129179055 utk mendapatkan special price. TQ

Wednesday, 20 June 2012
Alasan kenapa orang Melayu takut nak beli emas
Assalamualaikum...fuhh lamanya x update blog ni.sejak harga emas jatuh lansung x update..hehe...frust gamaknyerrr....
Ok,kali ni Amir nak berkongsi sket dengan anda semua mengenai sebab2 @ alasan kenapa orang malaysia khususnya orng melayu takut nak beli emas...
1) Takut rugi ( rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula )
Hal yang ni selalu dibimbangi oleh mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan2, atau memang tak tahu langsung pasal pelaburan. Mereka tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa tingginya nilai emas.
Jika di Malaysia, bila ditanya mengenai emas, apa yang saya dapati kebanyakan dari mereka ini hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.
So bila mereka hanya tau kat kedai emas aje boleh beli emas maka nak jual semula emas pun kat kedai tu juga. Tapi perlu di ingatkan bahawa harga jualan di kedai emas yang rata-rata lebih tinggi premium & kos upahnya. "Spread" harga perlu diperhalusi jika anda memilih untuk menjual balik barang tersebut di kedai emas @ di tempat2 lain kerana "spread" setiap institusi berbeza antara satu sama lain. Sebab itu kita perlukan ilmu yang secukupnya sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu cara untuk dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.
2 ) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah kerana dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.
Untuk lebih meyakinkan,eloklah jalankan urusan jual beli emas tersebut di mana2 ar-rahnu yang di pilih sendiri oleh pembeli,bawa barang tersebut & dengan sedikit bayaran si pembeli boleh minta pekerja di ar-rahnu tersebut "check" ketulenan barang yang hendak di beli itu. Dan elakkan membuat urusan jual beli emas pada waktu malam,lebih2 lagi bila berurusan dengan penjual yang baru dikenali.
3 ) Takut susah nak “cairkan” kepada wang kertas di waktu2 kecemasan
Anda sepatutnya tidak bimbang kerana selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memliki “ibu duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sepanjang berniaga emas secara sambilan ni, selalunya 3 perkara di atas ni paling banyak di tanya oleh kawan2,sedara mara & orang ramai kepada saya. Tapi walau apepun,keputusan tetap di tangan pembeli. Tepuk dada tanya hati nak beli ke xnak..kalau rasa tak meyakinkan elok jangan beli & jangan fikir nak melabur dalam emas. Pergilah ke kursus2 mengenai pelaburan emas & anda boleh mulakan bila anda dah rasa yakin dengan pelaburan tersebut. Jangan fikir nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli sebab bila harga jatuh pun tak di belinya jugak, sebab fikirnya nak tunggu harga jatuh sikit lagi..Kita patut ingat 1 Rule ni aje, " ade duit,beli", lain la kalau anda nak jadi peniaga emas tapi elok berdaftar untuk jadi wakil pengedar mana2 company kerana awal2 dah dapat harga dealer/master dealer yang jauh lebih murah dari harga pasaran.
Berminat nak jadi wakil pengedar & dapat harga murah?? Call Amir 0129179055

Wednesday, 1 February 2012
Ambil Iktibar dari Kes Kejatuhan Matawang di Zimbabwe
Assalamualaikum w.b.t kepada pengunjung blog Amir yg tak seberapa ini..hari ini Amir nak kongsi 1 lagi cerita mengenai Zimbabwe. Di bawah ini Amir Sertakan video yang dirakamkan pada tahun 2008 di Zimbabwe dimana kegawatan ekonomi dan inflasi yang SUPER tinggi di Zimbabwe menyebabkan wang kertas tidak bernilai. Perang dan sebagainya juga menyebabkan hanya emas sahaja yang bernilai, rakyat zimbabwe hidup hanya dengan mencari emas 0.1gram untuk sebungkus roti.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jhujK6BE5LI
Kos belanja minimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia ialah lima ratus juta dollar ($500,000,000.00) atau nilainya lebih kurang sama dengan USD2.00.
Sehingga kini (2012) Zimbabwe merupakan pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta percent!), parahnya, harga barang2 keperluan melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!
Pada tanggal 20 Julai 2008 bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia...wahhhh 100juta tuu..kalau kat Malaysia ada RM1juta dah jd jutawan dah,buleh la sambaq F430 sebijik :-)
Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.
Telur ayam.Harga untuk membeli seekor Ayam Hidup….
“pengemis” yg boleh dianggap “kaya” sbb dapat juta2 setiap hari…
Agak2 berapa kontena duit kertas anak2 orang kaya kat sana kena bawak setiap hari ek?? hebat gitu, g shoping siap bawak duit penuh 1 kontena,muat atas lori panjang tayar 18...perghhh kalah Madonna gitu :p
Kilang buat wallet dengan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah wallet2 kecik nih..sume dah tukar..paling koman pun wallet diganti dengan keta sorong @ guni baja, SAY NO TO WALLET !!!
Jadi macam mana pula dengan negara Malaysia tanah air tercinta ni? Tahun 2012 kerajaan dah pun keluarkan duit kertas dominasi baru,ape jadi dengan duit kertas lama yg over-printed yg beredar di seluruh pelusuk tanah air tu? Saya x fikir duit baru yg di keluarkan ini dicetak bersandarkan rizab emas yg dimiliki Malaysia..dan pastinya ini akan mempengaruhi kadar inflasi.. lambakan matawang di pasaran akan menyebabkan harga barang2 keperluan naik..kesian kat ibu saya & orang2 tua di kampung sebab diorang fikir harga barang naik TAPI sebenarnya NILAI MATAWANG yg jatuh..

Tuesday, 31 January 2012
Pelaburan Emas, apakah yang terbaik ??
Perghhh hari ni harga emas di Ar-rahnu Agro bank sudah naik ke rm200.40/gram utk emas 999 (24karats),kenaikan harga sebanyak RM7/gram...untung la sape yang aplikasikan teknik2 manipulasi emas yg telah saya berikan kepada mereka :)
Secara konsepnya, pelaburan emas adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia bermakna emas tersebut disimpan dan tidak diniagakan dimana-mana pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai emas yang disimpan menjadi semakin tinggi. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, lima antaranya;
1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?
Mungkin info ini dapat membantu.
1) Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik.
2) Apakah sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia.
3) Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
4) Berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.
Kadang-kadang ada yang bertanya kepada saya, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli? emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, jadi pilihan terbaik bagi saya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.
Seterusnya, apakah bentuk emas yang sesuai untuk pelaburan, ada banyak pendapat mengatakan jongkong emas, dinar emas dan sebarang bentuk emas bukan perhiasan lebih sesuai untuk pelaburan. Itu pendapat mereka. Pada pendapat saya pula, emas 24k dalam bentuk rantai tangan,gelang belah rotan,dll & juga emas perhiasan (emas 916) lebih sesuai untuk disimpan ketika ini. Ini kerana;
Pertama: Apabila pelabur membeli emas jongkong, dinar dan sebagainya, pelabur akan cenderung untuk menjual apabila harga naik. Bila sahaja harga naik, pelabur mula ingin menjual jongkong-jongkong emas tersebut. Ini adalah kerana stigma yang bermain di fikiran kita sebagai Pelabur. Kita menyimpan emas untuk mendapatkan keuntungan segera, bukannya sebagai medium simpanan kekayaan.
Kedua: Emas jongkong pula hampir tiada fungsi, hanya terbaring pegun dibilik pelabur, tidak boleh dipakai malah sukar dibawa kemana-mana, emas itu sendiri hilang kilauannya.. :). Berbeza dengan emas perhiasan, yang mana boleh dipakai, dibawa kemana-mana dan kilauannya cantik di leher isteri saudara-saudara semua. Jadi sebagai manusia, kita mungkin lebih cenderung untuk menyimpan sesuatu yang kita gunakan, berbanding suatu yang tidak digunakan.
Ketiga: Zakat untuk emas bukan perhiasan akan dikenakan bagi simpanan emas melebihi 85gram, berbeza dengan emas perhiasan(hanya dikenakan zakat sekiranya memiliki lebih 900gram emas). Bermaksud, apabila saudara membeli pamp suisse 100g, automatik diwajibkan zakat keatas saudara. Mungkin banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas dengan jongkong, tetapi, cuba kita siasat susur galur syarikat tersebut, pemiliknya mungkin tidak tahu hal berkenaan zakat dan berkata jongkong emas adalah pelaburan terbaik. Adakah kita akan angguk2 sahaja?
Keempat: Krisis yang melibatkan skim pelaburan Etika Emas beberapa ketika dulu, mengengkang jongkong/dinar daripada dipajak di Ar-Rahnu, ini sedikit sebanyak menghadkan pelabur dari mendapatkan wang apabila perlu kecuali menjual jongkong walaupun pada harga yang rendah. Emas perhiasan pula dengan mudah dapat dipajak dimana-mana ar-rahnu @ mana2 pajak gadai.
Kelima: Beberapa syarikat pelaburan emas, membeli balik emas jongkong saudara secara tidak tunai (cek) juga menghadkan saudara untuk mendapatkan tunai dengan segera. Emas sepatutnya boleh ditunaikan bila-bila masa sahaja. Ada juga agen syarikat tersebut enggan membeli pada harga semasa kerana jumlah keuntungannya yang sedikit.
Lima diatas mungkin perkara yang patut pelabur baru pertimbangkan sebelum mula melabur. Okey kita berbalik kepada akaun pelaburan emas GIA Public Bank dan juga Maybank.
Pelaburan menggunakan akaun pelaburan ini mungkin antara yang terbaik, kerana peratus susut nilainya yang rendah dan caj yang dikenakan juga tidak terlalu tinggi. Kekurangnya hanyalah kita tidak mendapat emas secara fizikal, kita hanya menambat wang kita pada nilai emas pergram dan minimum yang harus ada didalam akaun adalah 2g (~RM300) , berbeza dengan akaun simpanan biasa (RM10) . Mungkin itu antara sedikit kelemahannya. Apapun ia sangat menarik sebagai permulaan untuk pelabur baru dan juga yang mencari tempat security untuk simpanan mereka.
Sunday, 29 January 2012
Tahun 2020 harga emas dijangka RM503/gram
Jom baca petikan berita harian beberapa minggu lepas mengenai emas:
STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya. Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.
Sumber > Bharian > http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

Wednesday, 25 January 2012
Harga emas selepas CNY
Sejak dari minggu lepas ramai peniaga2 emas sibuk mengatakan harga emas akan turun sempena CNY,dan 2-3 hari selepas CNY mereka dah sibuk pula mengatakan harga emas dah naik .Tapi memang sekarang harga tengah naik. Biar betul? tengok index mana? semua peniaga emas tahu indeks emas tiada ketika tempoh raya cina ni, ada kilang buka 1 Februari, ada yang buka sehingga akhir Januari, sepanjang tempoh ini tiada sumber untuk merujuk indeks emas tempatan, opkos bagi yang tengok indeks global macam kitco, goldprice dan etc, memang boleh tengok, tapi secara jelas, konkrit dan jitu harga-harga rujukan tersebut tidak tepat untuk mengira harga emas tempatan.
Sejak beberapa bulan saya menceburi perniagaan emas ni ramai yang selalu tanya, kenapa harga emas tak mengikut indeks seperti bursa saham Kuala Lumpur, atau harga emas yang ditulis Bank Negara, atau dari kiraan kitco dan bermacam-macam lagi indeks emas global yang lain, ia simple sebenarnya, indeks rujukan tersebut tidak include kos-kos sampingan lain, penghantaran, sekuriti, tukaran wang asing, dan sebagainya. Sama seperti jika anda menukar wang asing di Kedai2 Money Changer, rate di bank lain, rate di Google Finance lain, rate setiap kedai pun lain, begitulah juga emas.
Selalu juga menjadi persoalan kepada kami, kenapa harga emas di pantai timur rendah, di utara lagi rendah, di selatan pula mahal, yang sebenarnya itu hanya sentimen dan anggapan dan itupun tidak tepat.
Bercakap pasal pantai timur ni, memang banyak sentimen pasal emas di area ni, ada negeri mendakwa emas mereka lebih berkualiti dari negeri lain, opss? kualiti apa agaknya? emas 916 dimana-mana pun bermaksud 91.6% emas atau 22 karat, jika ditimbang menggunakan density meter, akan memberikan bacaan 22k, density meter ini standardize, sama sahaja di Kelantan ke, Kedah ke atau Sabah sekalipun. Cuma semangat kenegerian melebihi realiti dan tak salah untuk berbangga dengan kampung halaman, jadi biarlah ia kekal menjadi adat.
Ok berbalik kepada emas, memang harga emas sedang menaik, semalam indeks yang kami dapat adalah 6380 berbanding sebelum sebelum raya sekitar 6300-6330.

Subscribe to:
Posts (Atom)